Tuesday 26 July 2011

Hantu Kak Limah Panjat Lift

Assalamualaikum wbt,

hai2 everidobi..sori lambat nk update entry kekangan kerja yg melambak (tangan ke bahu, mata ke atas)...harini aku nk citer sal kisah seram yg melanda aku subuh2 alam tadi..nak dijadikan citer aku diperlukan untuk menemani sahabat dr ofis nih ke darussyifa bangi bagi merebut nombor untuk ketemu n berubat sama itu Ustad Dato' Dr Harun Din..untuk pengetahuan kekorang, hari selasa setiap minggu adalah satu2nya hari yg boleh pesakit bertemu dgn Dato'..pesakit menunggu seawal malam sebelum hari kejadian..jadinya kami bercadang mahu bergerak dari Putrajaya nih jam 4 pagi..dgn harapan dpt lar jumpa dgn Dato' sbbnya nombor yg akan dilayan oleh Dato' sehingga 200 sahaja, bila lebih dr itu makanya jmpe jelah dgn anak murid beliau..so aku bangun pagi seawal 3.30 pagi...yer ulang taip 3.30 pagi kaw....saho pon aku tak bangun awal gitu taw..sila puji sikap prihatin aku yg nk menemani org nih...hohoho!aku pon siap2 lar alar kadar cuci tahik mata..gesek2 mata memastikan tiada saki baki tahik..gosok gigi bersih kaw2, klu alar kadar jatuh saham aku lak...sarung tshirt n tracksuit bagai konon mcm nk gi jogging pepagi buta...dah siap sume dgn yakin dan tawaduk nye aku membuka daun pintu umah aku......di sinilah bermula kisah....ha kaw terkejut mak selipar jepun edisi mahal aku terselit kat pagor..cantik plak selitan tak jatuh...istifar panjang mak tau..ape kejadahnye kol 4 pagi nk selit selipar bagai..sumpah seranah sume dlm pale otak, hati n minda nih...pdhal dah tau dh koje sape..korang nk tahu sape...sila scrool ke bawah...


-


-




-




-




HANTU KAK LIMAH PANJAT LIFT
(gambar ehsan gugel)


ha tulah kak limah dah pandai panjat lift...elok punye parking selipar aku kt grill tau..nasib aku tak mengidap sebarang penyakit jantung yg kronik..klu tak mau kojol kt dpn umah pepagi buta..adoi si pembuat onar ni kan tak padan mak buyong..sampai ati tau terkejut kan i..takpe lar..aku dah tau pon sikap makcik sorang nih yg suke nyakat org..mmg tidak syak lg sape yg buat..sape je nk sakat aku selain die..sbb kt blok tu die n dak umah die je aku kenal..tp mcm tau2 je aku nk kene kuar subuh2 alam kol 4 pg..tak ke naya..dah ler suasana sejuk disertai angin menderu..tetiba kene sakat gitu..mmg terbaek lar si pelaku tuh..ape pon..ada ubi ada batang makcik..siap ko nnt aku balas pas ko beranak..skang ko tak leh terkejut lg kang terkenan kt anak...tunggu my sweet revenge..sekian kisah seram aku di hari selasa ini..jumpe di entry akan dtg..peace yawl.....wasalam.


Nota kaki :
Si pelaku klu mengamuk ada lar rupe sket mcm imej di atas tuh... :p



Friday 22 July 2011

Kisah hati......akular....

Assalamualaikum wbt,


Semenjak dua menjak ni mengalami sintom cpt sentap dgn ayat2 beliau..ha gasaklar ape je yg die buat bergurau dgn tak semena2 aku boleh teramik hati, sentap seterusnya membawak ke sindrom kecelaruan emosi..tak tahu nape tetibe gini..selama nih nk gurau sebakul pon aku leh hadap tak tahu nape gurauan beliau lately ni mengundang ayat pedih seterusnya boleh mengalirkan air mata..pdhal mende remeh je pon..nk bergurau..hati ni yg mengada2 nk sentap bagai..nk wat cmne..sensitip nih bukan boleh tahu bile nk timbulnye..dtg yg tak kene berderau darah membawak ke hati..mane lar si beliau mintak maap even die rase tak bersalah sbb niat nk bergurau..maaf ye love..bukan ape tibe2 dtg prasaan gini bukan suke pon..nk sentap, nangis. majok sume kan ke buang masa..tak pasal malam jumaat yg seharusnya diisi dgn kisah mlm yg romantis di akhiri dgn senyap seribu bahasa membawak ke terlelap dlm keadaan majok..huhu!nasib pagi2 dah msg pujuk n explain keadaan sebenar..mula2 tu tetap tau ego reply dgn keadaan majok diselangi dgn ayat2 tamao kawan sume..nasib beliau pandai ambil hati dgn ayat2 suci bisa mencairkan keadaan...so thanx a lot love..sudi memahami jiwa sensitip yg kian meliar nih..always being appreciated when i am with u..jgn skang je pandai mengayat nnt dah kawen haram nk dipujuknye mcm gini..dun wori rajukku bukan berpanjangan..tak lebih 10 jam pon..yelah dah lar jauh..rajuk lame2 pon bukan dpt bunge ke cekelat dpn mata..rasekan lar bercinta jarak jauh gini..ape pon dh hampir 2 tahun pon gini..im used to it..die lar pengubat hati ni..susah senang same2..gembira sedih die ada even jauh..sakit pening aku hadap sendiri dgn kata2 semangat beliau..aku kuat pon sebb dorongan die..kdg2 je nk tarik muka kejap..yelah klu bahagia je tak diselangi dgn gaduh2 manje tak best jugak tak thrill org kata..ok lar..klu love bace sila lar bangga diri sendiri sbb anda mmg pandai layan kerenah diri ini..till then u olls..salam hari jumaat..yg kaum adam jgn lupe solat jumaat..yg kaum hawa slamat perabis gaji yg balance di pusat2 membeli belah terdekat..happy weekend too..!!

Nota kaki :
Saya sayang incik abam bulus saya sgt...!!!~~

Thursday 21 July 2011

Etika Menghadiri Mahkamah

Assalamualaikum wbt,

Hai..bertemu kembali..huh gilo ayat sekema gaban..ko ingat rancangan tv ker marsya..ok..straight menuju point..al kisah nye harini aku menemani sahabat rapat aku ke perbicaraan di mahkamah..kes ape biarlah kami jer yg mengetahuinye..ape yg aku ingin disampaikan harini ialah berkaitan etika menghadiri mahkamah which is kita-kita yg tak berkaitan nih mesti tak amek port mende remeh gini kan..yer lah ape kes nk kene tahu mende nih, bukan nk gi mahkamah pon..so di sini aku nk share dgn kengkorang etika yang perlu dan tak perlu ketika kita menghadiri mahkamah..tak kira lar mahkamah spesies ape pon..hopefully info yg aku bg ni sikit sebanyak boleh mendidik masyarakat kita terutamanya bangsa aku sendiri..entry nih awal2 dimaklumkan tidak ada kene mengena sama ada yg hidup atau sudah mati..hanya mahu berkongsi maklumat dengan kalian semua..ok antara-antara etika yang harus dipatuhi ketika menghadiri mahkamah adalah :
  1. Sebelum memasuki dewan perbicaraan seseorang haruslah memastikan telefon bimbit, alat keluli atau sebarang bentuk alat elektronik yg mana boleh menghasilkan bunyi dimatikan
  2. Seseorang mestilah menghadiri mahkamah seeloknya sebelum bersidang.  Sekiranya Mahkamah telah bersidang haruslah tunduk setelah membuka pintu dan mengambil tempat duduk.  Jika perlu untuk keluar dari mahkamah, haruslah keluar dengan keadaan senyap seterusnya tunduk hormat sebelum keluar dari mahkamah.
  3. Bagi nama yang dipanggil haruslah tampil kehadapan.
  4. Semasa Mahkamah bersidang hendaklah tumpukan sepenuh perhatian kepada prosiding. Perbuatan seperti berbual-bual, ketawa, menguap, sendawa, membaca surat khabar atau majalah, menaip sms, tidur dan makan adalah dilarang kerana ini boleh dianggap anda tidak menghormati Mahkamah.
  5. Kanak-kanak kecil yang terpaksa hadir ke Mahkamah hendaklah dikawal sentiasa supaya tidak membuat bising dan menganggu perbicaraan.
  6. Haruslah diingati bahawa Mahkamah adalah tempat di mana perbicaraan diadakan dan hendaklah sepanjang masa dihormati supaya keadilan dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Waktu
Pukul 8.30 pagi atau Atas arahan masa yang ditentukan oleh Mahkamah.

Pakaian
  • Pakaian yang bersih dan kemas. Pakaian yang tidak menjolok mata. Anda dilarang memakai:
  • Seluar/skirt pendek 
  • Jeans 
  • Selipar 
  • Topi Keledar 
  • Cermin mata hitam 
  • Jaket kulit 
  • Pakaian warna terang dan sarat dengan perhiasan
Dokumen-Dokumen
  1. Pengenalan Diri. Sekiranya anda adalah seorang warganegara Malaysia anda dikehendaki membawa Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran. Sekiranya anda adalah seorang warganegara Asing anda dikehendaki membawa Pasport Antarabangsa atau dokumen-dokumen yang berkaitan.
  2. Anggota-Anggota Kerajaan Sila bawa bersama anda kad kuasa jabatan dan dokumen yang berkaitan.
  3. Pemilik Syarikat Kemukakan Sijil Pendaftaran Syarikat dan dokumen-dokumen yang berkaitan. 
  4. Wakil Syarikat Surat Perwakilan mesti dibawa bersama.
  5. Pemilik Hartanah Sila kemikakan geran dan dokumen-dokumen yang berkaitan.
  6. Sijil Sakit Pastikan sijil sakit menyatakan anda tidak sihat untuk hadir ke Mahkamah.
PERANAN SAKSI DI MAHKAMAH
Saksi adalah seseorang yang akan memberi keterangan mengenai sesuatu fakta berkaitan dengan kes yang berkenaan. Seseorang yang diserahkan dengan sapina oeh mahkamah adalah seorang saksi dan beliau mestilah hadir ke Mahkamah untuk memberi keterangannya. Sekiranya gagal hadir Waran Tangkap boleh dikeluarkan terhadap beliau. Tujuan saksi hadir ke Mahkamah adalah untuk mengemukakan keterangan secara lisan atau secara dokumen mengenai sesuatu fakta supaya Mahkamah dapat membuat keputusan berdasarkan keterangan – Keterangan yang diberikan.

APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBELUM KE MAHKAMAH
  • Pastikan tarikh/waktu dan tempat perbicaraan tersebut (Sila rujuk pada sapina);
  • Sekiranya anda dikehendaki mengemukakan apa-apa dokumen tersebut disediakan dan dibawa pada hari perbicaraan;
  • Rancanglan perjalanan anda, supaya anda sampai ke Mahkamah sebelum 9.00 pagi; dan
  • Anda hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.
TANGGUNGJAWAB SAKSI SEMASA MEMBERI KETERANGAN DI MAHKAMAH
  • Gunakan bahasa yang difahami untuk memberi keterangan. (Jurubahasa akan disediakan untuk bahasa-bahasa selain daripada Bahasa Malaysia). 
  • Angkat sumpah di dalam kandang saksi dengan suara yang kuat dan jelas sambil mengangkat tangan kanan paras bahu. 
  • Kemukakan kad pengenalan/kad kuasa/pasport melalui Jurubahasa untuk rujukan dan rekod Mahkamah. 
  • Hendaklah mendengar dengan teliti soalan-soalan Pendakwa/Peguam dan jawab apa yang ditanya sahaja. Jika ada sebarang soalan yang tidak difahami atau tidak jelas, dapatkan penjelasan. 
  • Pastikan jawapan/keterangan yang diberikan adalah secara jujur dan benar. Saksi adalah terikat dengan sumpah untuk berkata benar. 
  • Bawa bersama-sama dokumen-dokumen yang akan dikemukakan ke kandang saksi. Dapatkan keizinan Mahkamah sekiranya ingin merujuk dokumen. 
  • Sekiranya keterangan belum selesai/saksi tidak sempat memberi keterangan, sila pastikan tarikh sambung perbicaraan dicatatkan kerana saksi perlu hadir pada tarikh tersebut.  

Thats all..itu je info aku dpt blh share dgn korang..sebarang kekurangan or kesalahan dr info ini aku mintak ampun sgt sbb aku pon membace..aku harap kita semua tak ambil mudah perkara-perkara yg kita rasa tak mungkin terjadi pd kita..mane tahu ada di antara keluarga atau kawan rapat di sekeliling kita bakal di hadapkan ke mahkamah info sebegini patut disebarkan..k lar..smpai di sini saje entry aku yg panjar lebor gamaknye ni..till then..jumpe di next entry..sweet day..Salam.


Nota kaki :
Syukur kehadiran aku di mahkamah tadi mematuhi etika.



Monday 18 July 2011

Harlowwwww....

Assalamualaikum wbt...

Hai...hello..hui...aku nih first time pertama kali nih menjebakkan diri ke arena berblogging nih..sejujurnya aku fail bab menulis apetah lagi nak buat karangan..memang aku tak pandai mengatur ayat..so sekiranya ada ayat aku yg tunggang langgang ampun awal2 aku pohon..ni saje2 je aku buat memandangkan ofis maha 'pemurah' nih telah sesuka hati memblock segala mak nenek social network aku pon dgn tak sengaja nak jugak buat blog..yelah kot2 boleh kaya ker kan..boleh buat modal kawen ker..yer aku masih bujang tra tang-tang lagik..nak pi pinang laki, tak manis pulak..baik dok diam2 tunggu sampai lebam..huhu!ha kan aku dah start melalut..aku bab merepek mmg aku juara..hikhikhik!wah panjang gak aku taip buat pembuka bicara nih..dlm blog nih aku juz nk titipkan kisah2 aku jer yg mungkin melibatkan orang lain sama ada yg hidup ataupun sudah arwah..so kirenya ni blog suke hati aku lar..mende dah free belasah lar aku nk buat ape..cume kt sini aku takde lar nk kongsikan pasal porno ke hape kan..kang aku kene banned naya jer..dah ler gune opis punye line tenet..sia2 jer aku nnt kene siasat dgn skmm ke hape kan..eh sronok gak taip bebanyak nih..mentang2 menaip power...laju jer aku menekan ape yg ada dlm pale hotak nih..dah lar..jenuh plak korang nk membaca starting point aku yg berjela nih..till then everidobi..tunggu entry seterusnya eh...daaaa .