Thursday 21 July 2011

Etika Menghadiri Mahkamah

Assalamualaikum wbt,

Hai..bertemu kembali..huh gilo ayat sekema gaban..ko ingat rancangan tv ker marsya..ok..straight menuju point..al kisah nye harini aku menemani sahabat rapat aku ke perbicaraan di mahkamah..kes ape biarlah kami jer yg mengetahuinye..ape yg aku ingin disampaikan harini ialah berkaitan etika menghadiri mahkamah which is kita-kita yg tak berkaitan nih mesti tak amek port mende remeh gini kan..yer lah ape kes nk kene tahu mende nih, bukan nk gi mahkamah pon..so di sini aku nk share dgn kengkorang etika yang perlu dan tak perlu ketika kita menghadiri mahkamah..tak kira lar mahkamah spesies ape pon..hopefully info yg aku bg ni sikit sebanyak boleh mendidik masyarakat kita terutamanya bangsa aku sendiri..entry nih awal2 dimaklumkan tidak ada kene mengena sama ada yg hidup atau sudah mati..hanya mahu berkongsi maklumat dengan kalian semua..ok antara-antara etika yang harus dipatuhi ketika menghadiri mahkamah adalah :
  1. Sebelum memasuki dewan perbicaraan seseorang haruslah memastikan telefon bimbit, alat keluli atau sebarang bentuk alat elektronik yg mana boleh menghasilkan bunyi dimatikan
  2. Seseorang mestilah menghadiri mahkamah seeloknya sebelum bersidang.  Sekiranya Mahkamah telah bersidang haruslah tunduk setelah membuka pintu dan mengambil tempat duduk.  Jika perlu untuk keluar dari mahkamah, haruslah keluar dengan keadaan senyap seterusnya tunduk hormat sebelum keluar dari mahkamah.
  3. Bagi nama yang dipanggil haruslah tampil kehadapan.
  4. Semasa Mahkamah bersidang hendaklah tumpukan sepenuh perhatian kepada prosiding. Perbuatan seperti berbual-bual, ketawa, menguap, sendawa, membaca surat khabar atau majalah, menaip sms, tidur dan makan adalah dilarang kerana ini boleh dianggap anda tidak menghormati Mahkamah.
  5. Kanak-kanak kecil yang terpaksa hadir ke Mahkamah hendaklah dikawal sentiasa supaya tidak membuat bising dan menganggu perbicaraan.
  6. Haruslah diingati bahawa Mahkamah adalah tempat di mana perbicaraan diadakan dan hendaklah sepanjang masa dihormati supaya keadilan dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Waktu
Pukul 8.30 pagi atau Atas arahan masa yang ditentukan oleh Mahkamah.

Pakaian
  • Pakaian yang bersih dan kemas. Pakaian yang tidak menjolok mata. Anda dilarang memakai:
  • Seluar/skirt pendek 
  • Jeans 
  • Selipar 
  • Topi Keledar 
  • Cermin mata hitam 
  • Jaket kulit 
  • Pakaian warna terang dan sarat dengan perhiasan
Dokumen-Dokumen
  1. Pengenalan Diri. Sekiranya anda adalah seorang warganegara Malaysia anda dikehendaki membawa Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran. Sekiranya anda adalah seorang warganegara Asing anda dikehendaki membawa Pasport Antarabangsa atau dokumen-dokumen yang berkaitan.
  2. Anggota-Anggota Kerajaan Sila bawa bersama anda kad kuasa jabatan dan dokumen yang berkaitan.
  3. Pemilik Syarikat Kemukakan Sijil Pendaftaran Syarikat dan dokumen-dokumen yang berkaitan. 
  4. Wakil Syarikat Surat Perwakilan mesti dibawa bersama.
  5. Pemilik Hartanah Sila kemikakan geran dan dokumen-dokumen yang berkaitan.
  6. Sijil Sakit Pastikan sijil sakit menyatakan anda tidak sihat untuk hadir ke Mahkamah.
PERANAN SAKSI DI MAHKAMAH
Saksi adalah seseorang yang akan memberi keterangan mengenai sesuatu fakta berkaitan dengan kes yang berkenaan. Seseorang yang diserahkan dengan sapina oeh mahkamah adalah seorang saksi dan beliau mestilah hadir ke Mahkamah untuk memberi keterangannya. Sekiranya gagal hadir Waran Tangkap boleh dikeluarkan terhadap beliau. Tujuan saksi hadir ke Mahkamah adalah untuk mengemukakan keterangan secara lisan atau secara dokumen mengenai sesuatu fakta supaya Mahkamah dapat membuat keputusan berdasarkan keterangan – Keterangan yang diberikan.

APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBELUM KE MAHKAMAH
  • Pastikan tarikh/waktu dan tempat perbicaraan tersebut (Sila rujuk pada sapina);
  • Sekiranya anda dikehendaki mengemukakan apa-apa dokumen tersebut disediakan dan dibawa pada hari perbicaraan;
  • Rancanglan perjalanan anda, supaya anda sampai ke Mahkamah sebelum 9.00 pagi; dan
  • Anda hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.
TANGGUNGJAWAB SAKSI SEMASA MEMBERI KETERANGAN DI MAHKAMAH
  • Gunakan bahasa yang difahami untuk memberi keterangan. (Jurubahasa akan disediakan untuk bahasa-bahasa selain daripada Bahasa Malaysia). 
  • Angkat sumpah di dalam kandang saksi dengan suara yang kuat dan jelas sambil mengangkat tangan kanan paras bahu. 
  • Kemukakan kad pengenalan/kad kuasa/pasport melalui Jurubahasa untuk rujukan dan rekod Mahkamah. 
  • Hendaklah mendengar dengan teliti soalan-soalan Pendakwa/Peguam dan jawab apa yang ditanya sahaja. Jika ada sebarang soalan yang tidak difahami atau tidak jelas, dapatkan penjelasan. 
  • Pastikan jawapan/keterangan yang diberikan adalah secara jujur dan benar. Saksi adalah terikat dengan sumpah untuk berkata benar. 
  • Bawa bersama-sama dokumen-dokumen yang akan dikemukakan ke kandang saksi. Dapatkan keizinan Mahkamah sekiranya ingin merujuk dokumen. 
  • Sekiranya keterangan belum selesai/saksi tidak sempat memberi keterangan, sila pastikan tarikh sambung perbicaraan dicatatkan kerana saksi perlu hadir pada tarikh tersebut.  

Thats all..itu je info aku dpt blh share dgn korang..sebarang kekurangan or kesalahan dr info ini aku mintak ampun sgt sbb aku pon membace..aku harap kita semua tak ambil mudah perkara-perkara yg kita rasa tak mungkin terjadi pd kita..mane tahu ada di antara keluarga atau kawan rapat di sekeliling kita bakal di hadapkan ke mahkamah info sebegini patut disebarkan..k lar..smpai di sini saje entry aku yg panjar lebor gamaknye ni..till then..jumpe di next entry..sweet day..Salam.


Nota kaki :
Syukur kehadiran aku di mahkamah tadi mematuhi etika.



1 comment:

  1. Terima kasih sangat2. Blog mengenai etika di mahkamah ni sangat membantu saya.

    ReplyDelete